Pages

Tuesday, 10 December 2013

Beli Telefon Pintar Clone Atau Original ?



Assalamualaikum readers... Hari ni nak tulis pasal patut beli smartphone clone atau pun yang original . Sekarang ni kalau korang boleh tengok , smartphone clone ni banyak sangat dijual dekat kedai telefon dan di internet . Laku macam jual pisang goreng dekat tepi jalan tu . Nak bezakan yang ori dan yang clone pun dah susah dan akhirnya ramai yang dah tertipu kerana ingat beli yang original rupa-rupanya clone.

Sekadar gambar hiasan

Aku memang teringin nak pakai Samsung Galaxy Note 2 tapi yelah mahal sangat tak mampu sebab student lagi . So kerjalah . Cukup duit , beli smartphone yang body macam Note 2 siap ada 2 simkad . Kamera 8 Megapixel . Semua spec ni menarik perhatian aku . Yelah baru first time kan nak pakai smartphone. Kapasiti bateri pun sama dengan original Note 2. So dengan harga RM699 aku pun beli.

Phone tu jenama ANDROID. Dekat belakang ada tulis yang ni. Mesti korang perasan kan phone yang ni banyak dijual . So happy la kan masa dah dapat phone tu . Lepas tu time nak charge , percentage bateri tak naik2 even dah charge 8jam.. Bila check hmm memang bateri tu yang problem . Nasib baik masa beli memang dapat 2 biji bateri . Ingatkan bateri tahan macam Note 2 original tapi hampeh rupa-rupanya... Bateri cepat sangat drain. Satu hari kena charge banyak kali . Dah rasa menyesal beli . Yelah harga RM 699. Tu pun masa tu promosi . Lepas tu sampai sekarang aku terfikir kalau aku tambah lagi sikit dah dapat Sony Xperia M ke Samsung Galaxy Ace 3 ke kan... hukhukhuk ....


lepas beli tu aku rasa nak menangis & menjerit cam dalam gambar ni


So kakak2 aku & kawan2 semua kata "tula beli lagi yang tak ori. Baik beli je yang ori harga pun sama aje. Tula tak sabar sangat ..." Masa dengar tu dah memang rasa menyesal gila2 beli smartphone tak original ni. Mula2 memang lawa skrin dia .. Tapi dah 5 bulan pakai tu perasan skrin dia dah tak lawa jadi macam pecah2... Kamera pun rosak.. Tengah2 aje ade warna tepi dia jadi malap. Apps pulak asyik crash . So sekarang ni memang menyesal beli . Baru je beli bulan 5 tahun ni. Memang nak beli phone lain tapi takde duit pulak dah... huhuhu...

So korang , fikir baik2 ya kalau rasa nak beli phone clone ni . Memang tunjuk spec cantik punya tapi faham2 lah kalau tak ori tu macam mana. Jangan expect performance macam original walaupun kata gred AAA ke apa kan... Beli je yang ori. Nak claim warranty pun senang . Dinasihatkan kalau harga phone clone tu rm 400 ke atas , TAK PAYAH LA BELI. RUGI DUIT. Tambah lagi sikit beli original punya okay :) Tapi terpulanglah kepada individu tu sendiri mungkin nak merasa juga pakai phone mahal2 tapi tak mampu macam aku. Beli clone sebab nak merasa kan... Itu terpulang... :)

Diharap dengan perkongsian ini mana2 pihak tidak berkecil hati . Aku cuma menulis sebab rasa menyesal habiskan duit nak dekat RM 700 beli yang tak ori . Tu je.. Ni satu pengajaran untuk aku ... huhuhu....  Dan lagi satu aku tak percaya betul orang dok kata set korea clone. Korea tu pengeluar phone Samsung takkan kerajaan dorang kasi pulak nak ada buat clone besar-besaran macam tu . Ce fikir logik. Bagi aku phone celup semua BUATAN CHINA. Beli phone tu jangan lupa check emei dekat phone , dan kotak tu sama ke tak . Dan boleh check dekat sini jugak http://www.imei.info/


P/S : Kalau ada duit lebih nak try iPhone kot . heheheh :P


Wednesday, 4 December 2013

Buku Rujukan UiTM KPTM Secondhand Untuk Dijual


Assalamualaikum... Dah lama tak bukak belog  , kali ni bukak sebab nak mempromosi buku rujukan secondhand . Condition memang okay , cantik lagi sebab kebanyakannya tak guna sangat pun . *pemalas nak bukak buku. hehehe ~


1. Buku Headway Academic Skills (Listening , Speaking and Study Skills) LEVEL 1. (Secondhand)


Condition 9.5/10

Harga : RM 25 include postage . Tak pernah guna pun buku ni . Harga boleh nego :)


2. Buku Prinsip Asas Islam KPTM (Secondhand)



Harga : RM 8 include postage . No nego  :)


3. Buku Introduction To Business UiTM MGT153 (Secondhand) + Past years questions 



Ni subjek membaca so dalam tu ada tanda2 la..

+

Buku Past Years Questions



Buku Rujukan MGT153 +  past years questions = RM 20 include postage . No nego  :)


4. Buku Business Mathematics for UiTM Fourth Edition (Secodhand) + Past years questions

                                                          






5 . Buku Micro Economics UiTM 162 (Secondhand) 

                                             


Untuk keterangan lanjut sila klik link ni



Boleh message/whatsapp/wechat dekat nombor 017-5689231 kalau berminat untuk beli . Untuk nombor 4 & 5 , klik link tersebut sebab sebelum ni dah pernah post entry pasal 2 buah buku tu . 



P/S : SAYA HANYA JUAL BUKU YANG SAYA POST DEKAT ENTRY NI AJE. JANGAN TANYA BUKU FAR SEBAB BUKU TU SAYA DAH JUAL AWAL2 SEBELUM TULIS ENTRY NI . TQ :)